Friday, July 5, 2013

Resepi : Murtabak Maggi

Salam semua...hari ni saja je Ana nak kongsi resepi ni...simple dan sangat mudah nak buat...anak2 pn suka...si Siddiq yang susah nak makan tu pun makan jugak murtabak ni...


Murtabak Maggi@ummisiddiq
Bahan-bahan:
(Untuk seorang makan, nak buat banyak gandakan je...kalau dua bungkus tu leh makan 3 orang...)

1 bungkus Maggi perisa kari - dicelur dan perencah jangan dibuang
2 ulas bawang merah - didadu
1 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1/2 cawan isi ayam didadu - boleh ganti dengan sosej, jejari ketam dan lain2
3 biji cili api - dipotong kasar (Ana x letak, sebab anak nak makan)
2 biji telur sederhana - campurkan perencah maggi dan pukul-pukul manja jer...
2 sudu minyak zaitun/mentega untuk menumis
sedikit daun bawang dihiris halus

Hiasan:
Cheese
Sos
Mayo


Cara-cara:
1. Tumis bawang2 sampai layu, masukkan isi ayam, goreng hingga masak - tapi jangan garing sangat   nanti keras...

2. Di dalam mangkuk yang besar, satukan bahan goreng dengan telur dan kacau hingga sebati.

3. Masukkan maggi n daun bawang ke dalam bahan bancuhan. kacau-kacau sikit bagi telur tu menyalut...

4. Panaskan kuali...sendukkan bancuhan maggi tadi dan biar sehingga bancuhan maggi tersebut separuh garing di sebelah bawah barulah terbalikkan...taburkan chess diatas murtabak...bila dah garing sebelah lagi tu baru angkat..

5. Hiaskan dengan meletakkan sos dan mayo...ikut suka lah nak buat corak apa, nak lukis muka hubby pun x pe...keh keh keh...


Tips!
1. Kalau x garing lagi, jangan balikkan murtabak, nanti pecah2 habis x cantik...
2. Kalau nak cantikkan bentuk murtabak, leh guna egg frying pan atau acuan untuk goreng telur, comel je nnt murtabak tu jadik...
ATAU


3. Taburkan cheese sebaik sahaja terbalikkan murtabak,nanti cheese tu cantik je mencair...
4.  Boleh hidangkan dengan salad sejuk, atau kalau nak tambahkan kolesterol makan dengan telur mata kerbau separuh masak...hehehe...(x disarankan ye...)

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment